Thursday 16 June 2011

cahaya dan kegelapan . . .




post aku kali ini ingin menceritakan hidup sesorang remaja yang sangat kehilangan arah tujuan dalam hidupnya . hidupnya penuh dengan kegelapan . bagi nya hanya kepuasan dan kenikmatan dunia yang ingin dicari . 
semester pendek ini cukup bermakna bagi dia . segalanya berlaku dengan sekelip mata . hidup yang dia rasakan sangat bebas . bebas seperti burung yang dapat terbang berkeliaran . tidak lagi terperangkap dalam sangkar . begitulah yang boleh aku ibaratkan  . kemana saja yang hendak dia pergi , tiada siapa yang hiraukan . tiada siapa yang pedulikan . selagi kaki mampu berjalan selagi itulah setiap langkah akan diaturkan . kesana dan kesini tanpa menghiraukan laungan Azan yang berkumandang . dia terus hanyut . dia tidak pedulikan lagi halal dan haram . dia langgar semuanya . apa yang terlintas di fikirannya , terus dilakukan . tanpa berfikir panjang . tanpa menanya hati . kerana hatinya telah gelap . gelap dek kajahilan . kejahilan yang dia lakukan . dia tidak mampu lagi untuk jaga dirinya sendiri . dia tidak dapat menahan lagi perlakuannya . baginya hanya kepuasan yang ingin dia rasakan . walaupun kepuasan itu hanya sementara . terlalu banyak dosa yang telah dia lakukan . walaupun terkadang dia terfikir , ada rahmatnya dengan apa yang menimpa dirinya tetapi dia masih tidak pernah serik walaupun  Tuhan pernah menduganya . kenapa susah sangat untuk dia bersihkan hatinya ini ? sayangnya , hanya sejenak sahaja persoalan itu terlintas difikirannya . dia tidak berusaha untuk mencari jawapan akan persoalan yang singgah difikirannya itu . mungkin dia tidak sedar bahawa Tuhan masih sayangkan dia . masih memberikan waktu untuk dia sedar dari lamunan .

hari ini bermula cuti semester . Alhamdullillah , perjalananya untuk pulang ke kampung halaman begitu baik . tiada aral yang melintang . sebaik saja melangkah kaki ke dalam rumah , dia disambut baik oleh ibunya . dia sangat bersyukur kerana masih dapat melihat ibunya lagi . sekarang hidupnya tidak lagi bebas . ibunya selalu mengingatkannya supaya solat . setiap masa . tidak pernah lekang di mulut . terkadang dia sangat rimas dengan teguran ibunya . sehingga suatu hari , dia tersedar . dia sangat beruntung dan bertuah kerana dia mempunyai ibu yang selalu menegurnya tentang solat . dengan berkat doa ibunya , leteran ibunya , hati nya kini sudah terbuka untuk mendirikan solat .


1 comment:

  1. he's lucky to have a mother like her. & Alhamdulillah, that teenage boy starting to walk in the right path. InsyaAllah everything's gonna be fine.

    ReplyDelete