Thursday 16 June 2011

cahaya dan kegelapan . . .




post aku kali ini ingin menceritakan hidup sesorang remaja yang sangat kehilangan arah tujuan dalam hidupnya . hidupnya penuh dengan kegelapan . bagi nya hanya kepuasan dan kenikmatan dunia yang ingin dicari . 
semester pendek ini cukup bermakna bagi dia . segalanya berlaku dengan sekelip mata . hidup yang dia rasakan sangat bebas . bebas seperti burung yang dapat terbang berkeliaran . tidak lagi terperangkap dalam sangkar . begitulah yang boleh aku ibaratkan  . kemana saja yang hendak dia pergi , tiada siapa yang hiraukan . tiada siapa yang pedulikan . selagi kaki mampu berjalan selagi itulah setiap langkah akan diaturkan . kesana dan kesini tanpa menghiraukan laungan Azan yang berkumandang . dia terus hanyut . dia tidak pedulikan lagi halal dan haram . dia langgar semuanya . apa yang terlintas di fikirannya , terus dilakukan . tanpa berfikir panjang . tanpa menanya hati . kerana hatinya telah gelap . gelap dek kajahilan . kejahilan yang dia lakukan . dia tidak mampu lagi untuk jaga dirinya sendiri . dia tidak dapat menahan lagi perlakuannya . baginya hanya kepuasan yang ingin dia rasakan . walaupun kepuasan itu hanya sementara . terlalu banyak dosa yang telah dia lakukan . walaupun terkadang dia terfikir , ada rahmatnya dengan apa yang menimpa dirinya tetapi dia masih tidak pernah serik walaupun  Tuhan pernah menduganya . kenapa susah sangat untuk dia bersihkan hatinya ini ? sayangnya , hanya sejenak sahaja persoalan itu terlintas difikirannya . dia tidak berusaha untuk mencari jawapan akan persoalan yang singgah difikirannya itu . mungkin dia tidak sedar bahawa Tuhan masih sayangkan dia . masih memberikan waktu untuk dia sedar dari lamunan .

hari ini bermula cuti semester . Alhamdullillah , perjalananya untuk pulang ke kampung halaman begitu baik . tiada aral yang melintang . sebaik saja melangkah kaki ke dalam rumah , dia disambut baik oleh ibunya . dia sangat bersyukur kerana masih dapat melihat ibunya lagi . sekarang hidupnya tidak lagi bebas . ibunya selalu mengingatkannya supaya solat . setiap masa . tidak pernah lekang di mulut . terkadang dia sangat rimas dengan teguran ibunya . sehingga suatu hari , dia tersedar . dia sangat beruntung dan bertuah kerana dia mempunyai ibu yang selalu menegurnya tentang solat . dengan berkat doa ibunya , leteran ibunya , hati nya kini sudah terbuka untuk mendirikan solat .


Sunday 10 April 2011



OR







TWO is better than ONE ?

aku pernah suka lagu nie dulu and tiap kali lagu nie berkumandang di radio saje aku pasti akan kuatkan . tanpa aku sedari minah sebelah aku (ex gf) die tarik muka . aku pun pelik la kan . kenapa die nak tarik muka . bila dah disoal siasat baru la aku sedar . die dah tersalah faham dengan lagu nie . two is better than one . kalau nak difikir fikirkan pun tentu boleh jadi macam macam andaian kan . hahaha . miss that moment la . bergaduh bagai kot . padahal pasal lagu je pun . ahahaha . bunguks !! 

so aku nak tanya korang la kan . ape yang korang faham dengan two is better than one ? eheheh . :P

act date : FRIDAY  8 APRIL 2011

hari nie aku check result . yeah . result yang amat menyedihkan . result sem nie yang paling teruk . aku sangat sangat sedih . aku terkaku didepan lappy . betapa terkejut nye aku . aku tak pernah sangka kot dapat result seteruk camnie . aku pun tak tahu mane silap nya . mungkin ade kesilapan yang aku lakukan . dan mungkin ade rahmat di atas segala ape yang terjadi . takut rase nye aku nak bgtahu kat parents aku tentang result aku . sedangkan orang lain berebut rebut untuk kongsi kegembiraan dengan keputusan yang mereka perolehi . apa mungkin parents aku cakap bila dapat tahu anak dia se ***** ini . tentu mereka akan sedih . semua orang ingin keputusan yang cemerlang termasuk aku . tp ape kan daya . hanya ini sahaja yang mampu aku lakukan . tak ape la mungkin rezeki ku bukan di sini atau mungkin Tuhan belum berikan . aku akan terus bangun dan bangun demi menerangkan masa depan aku . insyaAllah .